Aku ni salah pilih bidang ke, persoalan yang sering aku utarakan pada otak aku ni. Sebab aku rasa dunia
graphic design ni sangat kena dengan minat aku. Tapi kenapa sekarang aku kerja, buat benda lain .. Hmmmmmm......... ( Ada hikmah di sebalik semua kejadian ) .
Macam mana aku boleh terjerumus dalam kancah
graphic design ni, dah suratan takdir agaknya (ceewaaahhh !) .
Tak salah aku, aku
start tahun 2002,
time tu aku dah berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop . Cikgu aku GOOGLE la, apa lagi. Type je tutorial
bla bla bla, semua dia ajar. Terima kasih cik google. Tiga tahun jugak la bertapa dengan software ni.
Nak dijadikan cerita, kawan aku yang memang power lagi hardcore dalam bidang design-design ni, dia nak berhenti kerja. Dia pun call aku.
truutt.. truutt..
Aku pun angkat la nokia double 3 ten aku.. Keluar nama apek (apek ni nama member aku) .
" F, hang nak qeja graphic design dak ? " .
" Oh mak aih, hang biaq betui apek, aku mana reti dowh " .
" Ahh!! hang hentam je, minggu depan hari isnin, ko datang office aku, bawak semua artwork ko. Boss aku nak interview " .
"Aaaaa.... hang biaq betul apek " ?
"Aku nak tipu hang buat apa, bukan dapat BMW pun " .
Aku tengah gelabah ni , boleh pulak nak buat lawak yang tak berapa nak gelak .
"Ye la .. ye la, minggu depan aku pi " .
"Baguih, nanti aku bagitau boss aku " .
Tiba hari isnin, aku pun pergi la office member aku tu, kecik je
company dia (huhuhuhu) . Tapi, aku ni siapa nak kerja
company besar-besar. Di pendek kan cerita, aku dapat. Kelakar pun ada . Masa tu la aku belajar banyak software-software graphic. Seronok lagi enjoy . Kita enjoy.... (tetiba teringat iklan Nora Danish lak.. hehehehe..)
Cukup la aku cerita bagaimana bermula nya
career graphic aku. Aku sangat suka kot edit-edit gambar ni, aku ni tak pandai sangat lukis-lukis ni. Tapi aku suka ambil gambar dan edit.
Tapi yang masih kurang nya , sebuah komputer meja yang power (dream of iMAC keluaran Apple) dan juga DSLR (nikon d7000) . InsyaAllah. One day.
Ni aku baru je siap kan editing suka-suka aku . Aku ambil gambar ni masa melawat Bird Park.
Minta komen
ye . Seikhlas hati . Baik buruk ku terima jua . Demi peningkatan kualiti .
Sebelum Selepas
*Gambar di ambil mengunakan digital camera isteriku. Bukan DSLR . Klik gambar untuk besarkan .