Powered by Blogger.

Friday, December 3, 2010

Macbook Air



11-inch : 64GB   (RM 3,299) , 128GB (RM 3,899)
13-inch : 128GB (RM 4,299) , 256GB (RM 5,299)
.
Untuk mengetahui laptop ini dengan lebih lanjut . Sila klik link di atas . 



Jelingan pertama terus mengalir kehati (suka) . Dari hati menuju ke otak (kira-kira kewangan) .

Mahal sangat . Lantas aku membatalkan hasrat untuk membuat satu tabung bagi mengejar angan-angan untuk memiliki Macbook Air ini .

Again .

Kecewa .

Thursday, November 25, 2010

Hospital & Klinik Swasta

Topik HOT FM hari ini
"Bayaran yang dikenakan di pusat rawatan swasta terlalu mahal" .

- Respon dari seorang doktor ,
"Memang berpatutan harga yang dikenakan" .
Katanya jika hendak dibandingkan dengan kos pembelajaran dan kos ubat-ubatan . Harga sebegitu adalah sewajarnya .

-Respon dari pengalaman pesakit ,
"Doktor sepatutnya membantu pesakit , bukan menyakitkan pesakit" .

.

Pengalaman aku pulak .

"Mr ******** sila masuk " , pekik salah seorang jururawat di situ.

Dengan terhuyung-hayang , aku pun masuklah ke bilik doktor.

"Iya . Sakit apa ? " , tanya doktor .

"Demam" , jawabku ringkas .

"Say AAAAAAAAA " , arah doktor .

Ternganga - nganga aku dibuatnya . Setelah selesai memasukkan thermometer di bawah lidahku , aku pun menutup mulut buat seketika .

"Sakit tekak ?" , tanya doktor .

Aku menggeleng .

"Batuk?" , tanya doktor lagi

Lagi sekali aku menggeleng .

"Selsema ?" , tanya doktor kepadaku sambil menulis sesuatu .

Kali ini aku mengangguk .

Dalam hati aku terdetik . ( Berpuluh tahun ke klinik . Soalan sama di aju . Tak boleh ke doktor ni periksa sendiri . Aku ni sakit , lagi nak ajak bersembang . Lagipun aku bayar apa .)

Tittt !! Tittt !! , thermometer memekik .

Doktor mengambil dan melihat suhu badan aku sambil menulis a.k.a mencakar ayam dikertas . Aku keluar sambil menunggu ubat .

Nah !! RM 65 .dalam masa kurang 5 minit . Walaupun aku tidak membayar penuh . Insurance cover . hehehehehehe . See how they make money . Selalunya aku masuk . Terus bagitau doktor .

"Saya demam , tak batuk , tak selsema , tak sakit tekak ".

Then keluar amik ubat . 2 minit selesai .

Wednesday, November 24, 2010

EL CLASICO

Sudah lama tidak ku update blog ini . Jangan kata bersawang . Beranak pinak dah lelabah kat blog ni .

Back to where male are . Minggu ini ada perlawanan yang sangat-sangat aku tunggu . Harap-harap takde la user log problem time-time aku tengah tgok bola ni nanti . 

AMIN .


REAL MADRID FC vs BARCELONA FC
(30 November 2010)


Aku sangat-sangat lah berharap Messi akan tersungkur di kaki Ronaldo macam dalam gambar ni . MOURDRID era are just begin . HALA MADRID

Wah !! Semangat . Huhuhuhuhu .

Tuesday, October 26, 2010

HALAL

      Sebagai umat Islam di muka bumi ni . Aku terpanggil untuk menulis tentang isu yang teramat-amat sensitif di dunia akhir zaman ini. Bukan nya pandai sangat tentang ilmu agama . Tapi ilmu itu perlu di kongsi . Tak gitu .

Mula - mula kita sentuh isu logo . Kata sudah diseragamkan . Tapi yang mana satu yang betul . Hitam putih ke . Berwarna ke . Itu belum lagi yang tulis tangan ( hehhehehehe ) .




Ini adalah logo terbaru keluaran JAKIM .



Ini adalah logo lama keluaran JAKIM . Di mana status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.







      Di sini aku sertakan pautan laman web yang SAHIH dan BOLEH DIPERCAYAI , bagi memudahkan kita memeriksa status HALAL kedai - kedai , restaurant - restaurant , pasar raya dan sebagainya.


Sila klik PERIKSA STATUS HALAL bagi memastikan status ke-HALAL-an sesuatu .




Terima Kasih kepada LAMAN WEB RASMI HALAL kerana memberi informasi - informasi berguna .




Akhir kata . 


Tawakal  . Wallahualam .


* Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya :
“Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Monday, October 25, 2010

Sweet Little Treats


      Kali ini aku ingin kongsi sepermegian aku dan isteriku ke kedai yang jarang-jarang kami lawati.
Samaada secara kebetulan atau suratan . Gaji kali ni aku manjakan selera makan kami bersama.

"Sayang nak makan mana ? " tanya aku .

"Ehe he .. ehe he .."  Isteriku sekadar tersenyum (comel nya dia ) .

      Seperti dalam pembelajaran aku di dalam novel-novel cinta yang aku baca 10 tahun dahulu. Senyuman penuh makna itu memberi seribu harapan istimewa.

      Di pendekkan cerita, tibalah kami di tempat untuk mengenyangkan perut itu.


.


The 5 Star drink . Must try .



















Portion yang banyak . Sedap . Tapi cepat muak .














Rasa macam masakan melayu pun ada . Sedap . Recommended . 


































Yummy weekend .


* Click picture to enlarge .

Friday, October 15, 2010

Dunia Graphic

       Aku ni salah pilih bidang ke, persoalan yang sering aku utarakan pada otak aku ni. Sebab aku rasa dunia graphic design ni sangat kena dengan minat aku. Tapi kenapa sekarang aku kerja,  buat benda lain .. Hmmmmmm......... ( Ada hikmah di sebalik semua kejadian ) .

       Macam mana aku boleh terjerumus dalam kancah graphic design ni, dah suratan takdir agaknya (ceewaaahhh !) .

       Tak salah aku, aku start tahun 2002, time tu aku dah berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop . Cikgu aku GOOGLE la, apa lagi. Type je tutorial bla bla bla, semua dia ajar. Terima kasih cik google. Tiga tahun jugak la bertapa dengan software ni.

       Nak dijadikan cerita, kawan aku yang memang power lagi hardcore dalam bidang design-design ni, dia nak berhenti kerja. Dia pun call aku.

truutt.. truutt..

Aku pun angkat la nokia double 3 ten aku.. Keluar nama apek (apek ni nama member aku) .

" F, hang nak qeja graphic design dak ? " .

" Oh mak aih, hang biaq betui apek, aku mana reti dowh " .

" Ahh!! hang hentam je, minggu depan hari isnin, ko datang office aku, bawak semua artwork ko. Boss aku nak interview " .

"Aaaaa.... hang biaq betul apek " ?

"Aku nak tipu hang buat apa, bukan dapat BMW pun " .


      Aku tengah gelabah ni , boleh pulak nak buat lawak yang tak berapa nak gelak .


"Ye la .. ye la, minggu depan aku pi " .

"Baguih, nanti aku bagitau boss aku " .

      Tiba hari isnin, aku pun pergi la office member aku tu, kecik je company dia (huhuhuhu) . Tapi, aku ni siapa nak kerja company besar-besar. Di pendek kan cerita, aku dapat. Kelakar pun ada .  Masa tu la aku belajar banyak software-software graphic. Seronok lagi enjoy . Kita enjoy.... (tetiba teringat iklan Nora Danish lak.. hehehehe..)

       Cukup la aku cerita bagaimana bermula nya career graphic aku. Aku sangat suka kot edit-edit gambar ni, aku ni tak pandai sangat lukis-lukis ni. Tapi aku suka ambil gambar dan edit.

       Tapi yang masih kurang nya , sebuah komputer meja yang power (dream of iMAC keluaran Apple) dan juga DSLR (nikon d7000) . InsyaAllah. One day.

Ni aku baru je siap kan editing suka-suka aku . Aku ambil gambar ni masa melawat Bird Park.

Minta komen ye . Seikhlas hati . Baik buruk ku terima jua . Demi peningkatan kualiti .

Sebelum                                                                         Selepas


*Gambar di ambil mengunakan digital camera isteriku. Bukan DSLR . Klik gambar untuk besarkan .

Thursday, October 14, 2010

Syurga Duniawi In The Making

       Dari dulu lagi, aku memang idamkan sebuah rumah sendiri. Bila tengok kawan-kawan aku, semuanya mempunyai kelurga dan tempat tinggal sendiri (terutamanya hasil titik peluh sendiri), aku amat kagum dan sedikit cemburu.

Tapi jauh dalam hati,
"Takpelah, rezeki awak akan tiba satu hari nanti".

Hati jahat menyampuk,
"Tapi bila, kerja bagai nak rak, tak kaya-kaya pun".

Hati baik pulak menyelit,
"Awak, percaya lah, satu hari nanti, pasti akan tiba".

       Tetiba aku teringat pesan cikgu silat aku dulu . ( macam tak percaya aje aku ada belajar silat.. hehehhehe.. )
"Satu je cikgu pesan, kalau kita hendak atau ingin sesuatu, cuba kita bayangkan sambil berdoa".

* [[ Bayangkan ]] - contoh nya macam aku dulu, masa tahun kedua di universiti, setiap kali lalu depan Menara Mesiniaga, aku selalu cakap dalam hati,

"Satu hari nanti, aku pasti bekerja di syarikat ni."

Nah.. last-last betul. Termakbul doa dan keinginan aku.

Berbalik pada motif sebenar aku kali ni iaitu memiliki rumah sendiri. Pada aku, itu pelengkap hidup berkeluarga. Ya, aku sering ingat kan pada diri aku sendiri,

"Nak berumah tangga ni bukan senang, besar tanggungjawab nya, mudah mendapat pahala dan tak kurang juga mudah mendapat dosa" .

Makan minum kena cukup, tempat tinggal dan pakaian tu semua kena ambil kira. Sebagai ketua keluarga, kadang-kadang, sesak juga otak aku fikir semua ni. Nasib baik dapat isteri yang sungguh memahami, saling bantu membantu, syukur alhamdulillah.

.

Wahai teman-teman, niat suci aku ini bukan la nak show off,  tapi jauh di sudut hati ingin berkongsi saat gembira aku bersama-sama.


Harap di maafkan ye..


Ini lah syurga dunia ku. Masih dalam pembikinan. Tapi aku cukup riang apabila mengambil gambar ini.








Sadakaulahhulazim..

Wednesday, October 6, 2010

Once a while ........

Among the most delicious dessert i ever ate.
Besar dan mengenyangkan.. Credit to my wife for choosing it. You are the best .






Top : Cream + Ice Cream

Bottom : Chocolate Chip Cookies

Lagi Bawah : Kuali dan Pinggan Merah






Kalau tak salah . menu nya berbunyi "Chocolate Chip Cookie Sundae" . Harga tak pasti . Yang pasti kedai nya di Bubba Gump cawangan The Curve Damansara .

*  Kepada sesiapa penggemar udang. Di sinilah tempatnya . :)

Tuesday, October 5, 2010

:: 1st Step Is Always Hard ::

Hadoooih..!!
Malu....Segan...Ketinggalan Zaman..
Ber aneka benda terlintas di otak aku yang satu ni..
umur pun dah lanjut remaja..
tapi tak pernah nak selidik , apetah lagi nak spend masa nak cipta nukilan-nukilan macam ni..
hari ni... merupakan hari dalam sejarah dalam hidup aku..
Tanggal  05/10/10  . Waktu 5.10 pm..
heeehhaaaa.. Lahir lah seorang  BLOGGER baru...
Bismillahhirrahmanirrahim...

My SouL


  © Blog Design by Rambut Cacak @ blogspot.com

Back to TOP